· · ·

Peguam Nafi Usir Ibu Anna Jobling, Hanya Ambil Kad Akses Dari Kereta

Peguam Nafi Usir Ibu Anna Jobling

Pertelingkahan antara pelakon popular, Anna Jobling, dan ibu kandungnya, Ariz Arop, nampaknya belum menemui titik noktah. Terbaru, peguam Anna, Wan Nurliyana Abdul Rahman, tampil membuat penjelasan selepas timbul dakwaan kononnya beliau menghalau Ariz keluar daripada kereta milik anak guamnya.

Menurut Nurliyana, tuduhan tersebut tidak benar sama sekali. Malah, beliau berkongsi sebuah video yang menunjukkan dirinya membuka pintu kereta sebelum Ariz menjerit kepadanya.

“Saya Cuma Ambil Kad Akses, Bukan Usir Dia”

Nurliyana berkata, dia membuka pintu kereta buat kali kedua dan tidak ada sesiapa yang dikeluarkan dari kenderaan tersebut.

“Dia (Ariz) langsung tidak disentuh atau diusir seperti dakwaan sebelum ini. Saya cuma mengambil kad akses milik Anna dari dalam kereta,” katanya menerusi Instagram Story.


Baca juga : Tak perlu risau tunai bila ke Jepun — kad debit Maybank & CIMB boleh guna untuk withdraw yen terus dari ATM 7-Eleven!

Baca juga : “Ratu Cantik Jepun Datang Ziarah Ebby Yus, Memori Lama Kembali!”

Nafi Kunci Dari Dalam

Dalam kenyataan sama, Nurliyana juga menolak dakwaan bahawa Ariz dikunci dari dalam kenderaan itu.

“Kereta itu boleh dibuka dari bahagian dalam. Kereta itu tidak berkunci pun, cuma individu berkenaan enggan keluar,” jelasnya.

Anna Hanya Memerhati

Video yang dikongsikan Nurliyana turut memperlihatkan Anna berada di dalam kereta lain, memerhatikan situasi yang berlaku antara peguamnya dan ibunya.

Kemelut Hubungan Masih Berlarutan

Sebelum ini, hubungan Anna dan Ariz menjadi perhatian ramai selepas tular video Ariz mendakwa dirinya dilayan seperti anjing kurap dan dihalau oleh peguam anaknya.

Pada Ahad lalu, Ariz turut memuat naik foto di sebuah balai polis, sekali gus mencetuskan pelbagai spekulasi. Dia mendakwa Anna sanggup memohon perintah injunksi terhadapnya.

Buat masa ini, punca sebenar pertelingkahan mereka masih belum dijelaskan sepenuhnya kepada umum.

PERHATIAN: Pihak osedapdotcom tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang ditulis oleh para pembaca. Pastikan anda berfikir secara matang sebelum meninggalkan sebarang komen di sini. Pihak osedapdotcom juga tidak berupaya untuk memantau semua komen yang dipaparkan. Segala komen adalah tanggungjawab anda sendiri.


 Sumber : Hibglam

Ahmad Tarziman —13/08/2025,  2:52PM

TONTON VIDEO KAMI

5 Videos