Fazura Kemas Beg Fatima Sebelum Ke Disneyland
Pelakon dan penyanyi popular, Nur Fazura, menjadi perhatian ramai selepas memuat naik video dirinya sedang mengemas beg pakaian anak tunggalnya, Nur Fatima Aisya, untuk percutian bersama bapa tersayang, Fattah Amin, ke Disneyland.
Dalam perkongsian di TikTok, Fazura kelihatan teliti memilih pakaian anaknya satu persatu, melipat dengan kemas sebelum disusun ke dalam beg. Proses itu turut dibantu oleh pembantunya bagi memastikan semua kelengkapan Fatima cukup sepanjang berada di luar negara.
Fatima Bercuti Lapan Hari Bersama Fattah Amin
Difahamkan, Fatima bakal menikmati percutian lapan hari bersama Fattah di Disneyland Tokyo. Walaupun tidak turut serta, Fazura tetap memainkan peranan penting memastikan semua kelengkapan anaknya sempurna sebelum berangkat.
Aksi spontan Fazura itu meraih perhatian kerana jelas mencerminkan kasih sayang seorang ibu yang mahu anaknya selesa sepanjang bercuti.
Netizen Kagum Dan Sebak
Ramai netizen meluahkan rasa kagum melihat ketelitian Fazura. Ada juga yang sebak kerana walaupun tidak ikut serta, Fazura tetap menunjukkan kasih yang mendalam buat Fatima.
“Dia memang banyak pendam perasaan. Tapi kita tahu kasih sayang dia untuk anak tak pernah berkurang,” kata seorang pengguna.
Terdahulu, video pendek Fatima meminta bapanya membawanya ke Disneyland turut tular dan mencuri perhatian ramai dengan gelagat comelnya.
Baca juga : Fazura & Abang comeback! Lantik Peguam, Kes Hutang RM4.65 Juta Bakal Dibawa ke Mahkamah
Baca juga : Janna Nick Beri Penjelasan Isu Fazura, Tampil Mohon Maaf
Fattah & Fazura: Ikatan Yang Tinggal Anak
Untuk makluman, Fazura dan Fattah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 namun disahkan bercerai pada 7 Oktober 2024. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Fatima Aisya, yang kini berusia lima tahun.
PERHATIAN: Pihak osedapdotcom tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang ditulis oleh para pembaca. Pastikan anda berfikir secara matang sebelum meninggalkan sebarang komen di sini. Pihak osedapdotcom juga tidak berupaya untuk memantau semua komen yang dipaparkan. Segala komen adalah tanggungjawab anda sendiri.
Sumber : TIKTOK
@fazuraofficial Pack with me for Fatima’s trip to Disneyland tomorrow 🩷🫶🏻✈️ #NurFatimaAisya #daughter #Iloveyou #behappy #besafe
♬ original sound - Nur Fazura



