Isteri Along Cham Merayu Mohon Surat Cerai Disahkan Segera
Afreena Suhaimi Rayu Mahkamah Sahkan Surat Cerai
Isteri kepada pelawak Along Cham, Afreena Suhaimi, tampil di Mahkamah Rendah Syariah Sepang dengan satu permintaan jelas – mahu surat cerai disahkan segera.
Menurut Afreena, 33, proses permohonan yang difailkan suaminya sejak Januari lalu terlalu lama tergantung, dan dia berharap mahkamah dapat segera menamatkan isu tersebut.
“Ini harapan untuk hari ini sebab benda ini dah pending hampir setahun. Jadi Yang Arif, saya minta tolong sangat, please selesaikan benda ini,” katanya ketika ditemui HibGlam.
Hadir Bersama Peguam Dan Keluarga
Afreena hadir ditemani peguamnya, Mohamad Iezwan Ielias, selain turut diiringi ibu bapa serta seorang adik lelakinya.
Ditanya mengenai reputasi diri selepas kes rumah tangganya menjadi perhatian umum, Afreena mengakui ia sedikit sebanyak memberi kesan, tetapi memilih untuk tidak terlalu memikirkannya.
“Tipulah tidak (terganggu reputasi) kerana dapat perhatian umum, tapi bagi saya biarlah orang nak judge macam-macam. Cuma kes ini dah lama sangat, kacau masa kami sebab asyik naik turun mahkamah,” ujarnya.
Baca juga : Fazura & Abang comeback! Lantik Peguam, Kes Hutang RM4.65 Juta Bakal Dibawa ke Mahkamah
Baca juga : Janna Nick Beri Penjelasan Isu Fazura, Tampil Mohon Maaf
Dakwaan Along Cham
Terdahulu, Along Cham memfailkan pengesahan lafaz cerai taklik terhadap Afreena pada 28 Januari lalu.
Pelawak itu mendakwa isterinya melanggar tiga perjanjian taklik, termasuk isu curang serta membelakangi suami dalam urusan rumah tangga.
Sebaliknya, Afreena pula mendedahkan rumah tangga mereka sudah bermasalah selepas dua bulan berkahwin, malah mendakwa lafaz cerai pernah berlaku di rumahnya pada Julai tahun lalu.
Giliran Afreena Jawab Dakwaan
Difahamkan, pada prosiding hari ini, giliran Afreena menjawab dakwaan suaminya sebelum Hakim Syarie, Muhamad Nazri Basrawi membuat sebarang keputusan.
Untuk rekod, Along dan Afreena berkahwin pada 4 April tahun lalu.



