Pelancong Eropah Kecoh Kena Bayar Cashless Untuk Tiket Tren KLIA
Pelancong Luar Negara Kecoh Di KLIA
Sudah tahun 2025, ramai rakyat Malaysia dah terbiasa dengan sistem pembayaran tanpa tunai atau cashless. Tapi lain pula jadinya bila seorang lelaki dari Lithuania, Eropah, kecoh bila nak beli tiket tren KLIA ke KL Sentral.
Dalam video yang dimuat naik di TikTok, dia mengeluh kerana kaunter tiket dan mesin pembayaran di stesen hanya menerima transaksi menggunakan kad bank, e-wallet atau online.
“Ini review negatif pertama, tiada wang tunai di sini,” katanya sambil menunjukkan mesin pembayaran yang ada di sekelilingnya.
Tiket Tren KLIA Hanya Boleh Dibayar Cashless
Lelaki tersebut bertanya sendiri kepada petugas untuk sahkan hal itu. Jawapan yang diterima: memang tiket hanya boleh dibeli secara cashless sahaja.
Walaupun sebenarnya dia ada kad bank, entah kenapa dia seolah-olah keberatan nak guna. Akhirnya, dia tetap buat pembayaran kad untuk membeli tiket tren berharga RM55 menuju ke KL Sentral.
Dia sempat akui transaksi itu cepat dan lancar, tapi masih tak puas hati lalu menyoal: “Stesen kereta api jenis apa yang tidak menerima wang tunai?”.
Baca juga : Fazura & Abang comeback! Lantik Peguam, Kes Hutang RM4.65 Juta Bakal Dibawa ke Mahkamah
Baca juga : Janna Nick Beri Penjelasan Isu Fazura, Tampil Mohon Maaf
Netizen Beri Reaksi Campur-Campur
Bila video itu viral, netizen Malaysia terus berikan macam-macam reaksi.
Ada yang menyindir lelaki itu kerana tak buat kajian sebelum datang:
“Dikira negara mundur katanya, tapi tiket tren KLIA pun dah tak terima cash lagi.”
Ada juga yang bergurau sambil sindir balik:
“Malaysia mundur katanya, tapi sistem cashless kita lagi advance daripada sesetengah negara.”
Malaysia Dah Lama Ke Arah Cashless
Bagi ramai rakyat tempatan, sistem cashless di stesen tren KLIA dah lama jadi kebiasaan. Malah, ramai yang lebih selesa dengan pembayaran digital kerana lebih cepat, selamat dan tidak perlu risau duit tunai hilang.
Situasi pelancong Lithuania ini sekaligus jadi bahan jenaka, malah ada yang anggap review negatif daripadanya sebagai tanda Malaysia sebenarnya sudah ke hadapan dalam urusan pembayaran.
PERHATIAN: Pihak osedapdotcom tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang ditulis oleh para pembaca. Pastikan anda berfikir secara matang sebelum meninggalkan sebarang komen di sini. Pihak osedapdotcom juga tidak berupaya untuk memantau semua komen yang dipaparkan. Segala komen adalah tanggungjawab anda sendiri.
Sumber : TIKTOK
@mrabroadvlogs Cash is useless if you want to buy train ticket in KL airport 🇲🇾#malaysia #malaysiatravel #kualalumpur #travel
♬ original sound - Mr ABroad vlogs - Mr ABroad vlogs



