Wanita Dakwa Honda Jazz Sengaja Langgar, Towing Sampai 5 Minit
Wanita Terkejut Honda Jazz Rempuh Ketika Lampu Merah
Baru-baru ini, tular satu rakaman dashcam di TikTok (@teddywani99) memaparkan kejadian di Pantai Dalam, Kuala Lumpur, apabila sebuah kereta Honda Jazz tiba-tiba merempuh kenderaan seorang wanita bernama Wani yang sedang berhenti di persimpangan lampu isyarat.
Dalam video tersebut, Jazz berkenaan pada awalnya kelihatan berhenti seperti biasa. Namun, tanpa diduga, ia bergerak perlahan sebelum terus menyondol kereta Wani. Kejadian itu membuatkan Wani dan suaminya terkejut kerana langsung tidak menyangka akan dirempuh ketika lampu merah.
Dakwa Perlanggaran Sengaja Dirancang
Apa yang lebih mencurigakan, menurut Wani, pemandu Jazz itu dengan pantas mencadangkan agar kereta mereka dibawa ke bengkel miliknya sendiri. Tidak lama selepas perlanggaran, sebuah lori towing turut tiba di lokasi, hanya dalam masa kurang 5 minit.
“Kereta ni nampak sangat saja langgar tiba-tiba tak sampai lima minit towing sampai. Bukannya kereta tak boleh jalan, nampak sangat nak makan duit. Bukannya nak selesaikan cara bayar, dia boleh pula cakap suruh pergi bengkel dia,” dakwa Wani.
Beliau juga memaklumkan sudah membuat laporan polis mengenai kejadian tersebut. Namun, pemilik Jazz berkenaan dikatakan enggan membuat laporan balas dan juga tidak mahu membayar pampasan secara terus.
Baca juga : Fazura & Abang comeback! Lantik Peguam, Kes Hutang RM4.65 Juta Bakal Dibawa ke Mahkamah
Baca juga : Janna Nick Beri Penjelasan Isu Fazura, Tampil Mohon Maaf
Netizen Kecam, Nasihat Buat Laporan Insuran
Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen mengecam tindakan pemandu Jazz yang disyaki sengaja melanggar kereta.
“Pernah kena juga macam ni. Biasa yang buat macam ni geng towing juga. Ada kereta yang dia tahu nak target. Sendiri buat kemalangan lepas tu kejap je geng dia sampai. Tak tahu dari mana, dah memang standby. Lepas tu suruh pergi report dekat balai. Minta bawa ke bengkel. Pandai diorang ni,” kata seorang netizen.
Seorang lagi individu menasihatkan Wani supaya tidak terpengaruh dengan cadangan bengkel pemandu Jazz tersebut. “Buat laporan, boleh submit tuntutan atas insuran dia. Dia tak ada hak nak paksa kita ikut ke bengkel dia,” tulisnya.
Dashcam Jadi “Penyelamat”
Dalam pada itu, ramai warganet turut menasihati pengguna jalan raya untuk memasang dashcam di kenderaan masing-masing. Rakaman video seperti ini sangat penting sebagai bukti untuk mengelakkan diri daripada ditipu atau dipersalahkan dalam kes kemalangan yang sengaja dilakukan.
Insiden ini sekali lagi membuka mata orang ramai tentang taktik licik yang mungkin digunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab di jalan raya demi keuntungan segera.
PERHATIAN: Pihak osedapdotcom tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang ditulis oleh para pembaca. Pastikan anda berfikir secara matang sebelum meninggalkan sebarang komen di sini. Pihak osedapdotcom juga tidak berupaya untuk memantau semua komen yang dipaparkan. Segala komen adalah tanggungjawab anda sendiri.
Sumber : TIKTOK
@teddywani99 hati2 sapa lalu jalan pantai dalam… kereta ni nampak sangat saja langgar tibe2 xsmpai 5 minit towing smpai… bukannya kereta xleh jalan… nampak sangat nak makan duit… bukannya nk settle cara bayar dy boleh plk cakap suruh pi bengkel dia… hati2 je guys kalau orang camni langgar … please pergi report je call je polis … lampu masih merah ye bukan hijau
♬ original sound - teddywani - teddywani



