Uncle Ong 91 Tahun Tamatkan Marathon 10KM, Memang Steady!
Warga Emas 91 Tahun Tamatkan Marathon 10KM
Baru-baru ini, suasana meriah di PJ Half Marathon 2025 menjadi tumpuan ramai apabila seorang warga emas berusia 91 tahun dikenali sebagai Uncle Ong berjaya menamatkan larian sejauh 10 kilometer (km).
Acara yang berlangsung pada 17 Ogos lalu itu biasanya dipenuhi oleh golongan muda dan atlet larian. Namun, penyertaan Uncle Ong menjadi perhatian kerana semangat luar biasanya pada usia emas.
Habiskan Larian Dalam Masa 1 Jam 46 Minit
Difahamkan, larian tersebut memperuntukkan masa maksimum atau cut-off time selama dua jam untuk peserta menamatkan jarak. Mengejutkan ramai, Uncle Ong berjaya sampai ke garisan penamat hanya dalam masa 1 jam 46 minit sahaja.
Lebih menarik, dalam video tular di TikTok (@serembanpage), Uncle Ong kelihatan tersenyum gembira sambil menunjukkan tanda ‘peace’ ketika meraikan kejayaannya.
Baca juga : Fazura & Abang comeback! Lantik Peguam, Kes Hutang RM4.65 Juta Bakal Dibawa ke Mahkamah
Baca juga : Janna Nick Beri Penjelasan Isu Fazura, Tampil Mohon Maaf
Semangat Nak Sertai Marathon Lagi
Bukan sekadar itu, warga emas ini dilaporkan sudah berniat untuk menyertai acara larian seterusnya yang akan berlangsung di Kepong, Kuala Lumpur.
Walaupun sudah mencecah lebih 90 tahun, semangat Uncle Ong jelas membuktikan bahawa usia bukanlah penghalang untuk terus aktif dan cergas.
Netizen Kagum Dengan Uncle Ong
Menjengah ke ruangan komen, ramai pengguna media sosial meluahkan rasa kagum terhadap ketahanan fizikal Uncle Ong.
“Weh hebatnya uncle. Respect! Aku ni baru umur 27 ikut larian 5km dekat nak satu jam itu pun tercungap-cungap bagai ikan tiada air dalam akuarium,” kata seorang pengguna.
Seorang lagi pula sempat bergurau malu dengan pencapaian warga emas itu:
“Ya Allah malunya dengan pakcik ni. Kita hampir 50 tahun ni rasa 5km pun belum tentu (lepas).”
Malah, salah seorang peserta PJ Half Marathon 2025 turut berkongsi pengalaman berlari bersama beliau.
“Masuk kategori sama dengan uncle ni. Memang perasan masa 5km dia masih di belakang saya. Tiba-tiba dalam 7-8km, dia laju melepasi saya. Dia tidak lari laju, tapi dia konsisten berjalan pantas. Dia sempat ke garisan penamat dua minit lebih awal dari saya. Hebat uncle ni.”
Inspirasi Buat Semua Generasi
Kisah Uncle Ong ini memberi inspirasi bahawa kesihatan dan gaya hidup sihat perlu diamalkan sejak muda. Dengan konsistensi dan disiplin, usia bukanlah alasan untuk berhenti aktif.
Ramai netizen berharap mereka juga masih sihat dan bertenaga seperti Uncle Ong apabila mencecah usia emas.
PERHATIAN: Pihak osedapdotcom tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang ditulis oleh para pembaca. Pastikan anda berfikir secara matang sebelum meninggalkan sebarang komen di sini. Pihak osedapdotcom juga tidak berupaya untuk memantau semua komen yang dipaparkan. Segala komen adalah tanggungjawab anda sendiri.
Sumber : TIKTOK
@serembanpage Uncle Ong Kim Hwa, umur 91 tahun, berasal dari Seremban berjaya menamatkan larian 10km di acara PJ Half Marathon 2025 dalam masa 1 jam & 46min dan beliau sudah pun bermula membuat perancangan untuk menyertai acara larian yang seterusnya di Kepong. #Tahniah Uncle Ong ‼️ 记者关心地问阿公是否觉得辛苦,阿公连声说“不会”、“很好很好”,声音洪亮有力,脚步稳健不曾停歇,展现91岁高龄过人的体力。 #星洲日报 #sinchew 2025 PJ Half Marathon, the 91 years old, Uncle Ong Kim Hwa from Seremban successfully crossed the finish line in 1 hour & 46 mins in the Men's 10km category and he's already looking forward to the next race in Kepong! #Congratulations #PJHALFMARATHON2025 🎥 Tey EngTiong
♬ original sound - serembanpage - serembanpage



