· · ·

“Mana Boleh Pegang IC” – Rider Berang Pak Guard Simpan Kad Pengenalan

Rider Persoal Tindakan Pak Guard Simpan IC

Zaman sekarang, servis penghantaran makanan memang memudahkan hidup orang ramai. Namun begitu, ada juga kes rider terpaksa berdepan kerenah pengurusan kediaman yang terlalu ketat sehingga menyusahkan mereka untuk hantar pesanan.

Terbaru, seorang rider dikenali sebagai Alysaz (@alysaz_) tular di TikTok selepas mempersoalkan tindakan seorang pengawal keselamatan yang mahu menyimpan kad pengenalannya ketika dia sedang menghantar makanan kepada pelanggan.

“IC Mana Boleh Ambil Tau” – Rider

Dalam video tersebut, kelihatan rider berjumpa dengan pak guard sebelum masuk ke lif untuk naik ke rumah pelanggan. Namun, dia diminta menyerahkan kad pengenalannya.

Biasanya, Alysaz hanya berikan lesen memandu untuk pendaftaran. Tapi kali ini lain pula jadinya bila pengawal keselamatan mahu menyimpan IC sementara dia menghantar pesanan.

“Boleh minta balik IC tak? IC mana boleh ambil tau,” tegas rider itu.

Pengawal Kata Prosedur Pengurusan

Walaupun Alysaz menegaskan tindakannya salah, pengawal tersebut tetap berkeras mahu memegang IC itu. Dia mendakwa ia merupakan prosedur pengurusan kediaman dan turut menambah bahawa CCTV ada dirakam jika berlaku apa-apa.

Disebabkan tidak mahu memanjangkan keadaan, rider berkenaan akhirnya terpaksa juga meninggalkan IC di kaunter sebelum naik menghantar makanan.


Baca juga : Buat pertama kali, pemberian mas kahwin suami kepada isterinya membuatkan ramai terperanjat.

Baca juga : Janna Nick Beri Penjelasan Isu Fazura, Tampil Mohon Maaf

Netizen Berang, Nasihat Buat Laporan

Perkara itu mengundang kecaman ramai di ruangan komen. Rata-rata menasihati Alysaz supaya melaporkan kes tersebut kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Pertama sekali pergi jumpa pihak pengurusan dia dan berunding cepat-cepat. Kalau tak jalan, buat aduan dekat polis terus,” kata seorang pengguna.

Ada juga yang mengingatkan bahaya jika IC disalahgunakan.

“Kalau aku tak bagi sampai ke sudah, bahaya bang. Buatnya dia ambil gambar buat pinjaman ahlong masak kita,” ujar seorang wanita.

Malah, ada rider lain menyarankan lebih baik tinggalkan sahaja makanan di kaunter jika berdepan situasi begitu.

JPN Tegas: Pak Guard Tiada Kuasa Pegang IC

Untuk pengetahuan, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) pernah menegaskan bahawa pengawal keselamatan tidak mempunyai kuasa untuk meminta, memegang atau mengimbas MyKad orang awam.

Mengikut undang-undang, hanya lima kategori pegawai dibenarkan berbuat demikian iaitu:

  • Pegawai JPN

  • Pegawai polis

  • Pegawai kastam

  • Anggota tentera bertugas

  • Pegawai awam diberi kuasa oleh Ketua Pengarah JPN

Jika pengawal keselamatan berkeras juga, mereka boleh dikenakan tindakan undang-undang. Malah menurut peguam Lawyer Ghandi, individu yang disabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 3 tahun atau denda RM20,000.

Selain itu, JPN juga menegaskan penggunaan alat elektronik untuk imbas data MyKad adalah tidak dibenarkan kerana ia melanggar Akta Perlindungan Data Peribadi 2010.

PERHATIAN: Pihak osedapdotcom tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang ditulis oleh para pembaca. Pastikan anda berfikir secara matang sebelum meninggalkan sebarang komen di sini. Pihak osedapdotcom juga tidak berupaya untuk memantau semua komen yang dipaparkan. Segala komen adalah tanggungjawab anda sendiri.


 Sumber :  Tiktok

@alysaz_

Bergaduh dengan guard pasal IC 🤣 #fyp #grabfood #guard

♬ original sound - Alysaz - Alysaz

Tarziman —21/08/2025,  11:56PM

TONTON VIDEO KAMI

5 Videos