· · ·

Wanita Ini Risau Tengok Pelancong Muslim Malaysia Bangga Makan Street Food Di Korea

Seorang wanita luah rasa risau melihat ramai pelancong Muslim Malaysia bangga kongsi makan street food di Myeongdong yang tak pasti status halalnya.

Seorang wanita tampil meluahkan rasa bimbang selepas melihat trend pelancong Muslim dari Malaysia yang semakin berani dan bangga berkongsi pengalaman makan street food di Myeongdong, Korea Selatan.

“Tak Semua Makanan Di Sana Halal”

Menerusi satu perkongsian di Threads, pengguna bernama Fara meluahkan kerisauan melihat ramai orang Islam mencuba pelbagai jenis makanan jalanan tanpa memastikan terlebih dahulu status halalnya.

“Sebenarnya Fara takut tengok orang Muslim makan macam-macam di Myeongdong tu. Dalam masa yang sama, Fara juga takut nak tegur. Jadi mungkin dengan posting ni akan bantu orang yang cari penerangan lebih jelas,” tulisnya.

Menurut Fara, walaupun niat sekadar nak “try” makanan tempatan, ramai mungkin tak sedar bahawa majoriti street food di kawasan tersebut mengandungi bahan tidak halal, termasuk yang berasaskan khinzir.

 

Baca juga : Amira Othman Akui Fattah Amin Antara Kawan Lelaki Yang Rapat

Baca juga : Amira Othman kongsi video Fattah Amin buat trend TikTok di restorannya. Netizen tak sangka ‘Kak Long’ selamba up content ‘dugem’ macam tu!

“Fara Bukan Ustazah Tapi…”

Jelasnya lagi, dia bukanlah seorang ustazah, namun memiliki sedikit ilmu dan pengalaman dalam bidang halal yang boleh dikongsi bersama.

“Tak payah jadi ustazah pun kalau nak berbuat baik, kan?”

Fara turut mengingatkan bahawa Korea sebenarnya ada banyak pilihan restoran Halal, termasuk yang sudah biasa menerima pelanggan dari Malaysia.

“Kalau nak cuba makan kat restoran yang owner dia Korean pun boleh, tapi kena faham cara mereka masak dan bahan-bahan yang digunakan. Restoran Halal biasanya dah ada English menu dan biasa layan orang Malaysia.”

Netizen Setuju & Akui Bau Street Food Sangat Menggoda

Perkongsian Fara itu turut menerima pelbagai reaksi dari netizen. Ramai yang bersetuju dengan pendapatnya, dan ada yang berkongsi pengalaman mereka sendiri.

Ada yang mengaku pernah lalu di kawasan street food Myeongdong dan tergoda dengan bau makanan yang harum menusuk hidung. Namun demi menjaga status halal makanan yang dimakan, mereka memilih untuk tidak menjamah walau satu pun.

“Memang bau dia boleh buat kita terliur, tapi bila fikir balik tak tahu apa kandungan dia… terus tahan diri,” kata seorang pengguna Threads.

Halal Bukan Sekadar Label – Tapi Amanah

Isu ini membuka semula perbincangan tentang kepentingan memahami dan berhati-hati ketika melancong ke negara bukan Islam, terutamanya dalam soal makanan.

Ramai berharap agar lebih ramai pelancong Muslim akan lebih peka dan bertanggungjawab terhadap makanan yang mereka ambil, terutamanya bila dikongsi secara terbuka di media sosial yang boleh mengundang salah faham atau menjadi ikutan orang lain.

PERHATIAN: Pihak osedapdotcom tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang ditulis oleh para pembaca. Pastikan anda berfikir secara matang sebelum meninggalkan sebarang komen di sini. Pihak osedapdotcom juga tidak berupaya untuk memantau semua komen yang dipaparkan. Segala komen adalah tanggungjawab anda sendiri.


 Sumber : Tiktok

Tarziman —17/09/2025,  03:21PM

TONTON VIDEO KAMI

5 Videos