Niat ikhlas nak bantu, tapi lain pula jadinya. Aisar Khaled kena halau ketika hulur bantuan di Bali.
Aisar Khaled Turun Bantu Di Bali, Tapi Dihalau Ketika Serah Bantuan
Tular satu rakaman video di media sosial yang menunjukkan pempengaruh terkenal, Aisar Khaled, berdepan detik tidak menyenangkan ketika menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir di Bali, Indonesia.
Dalam video yang dimuat naik di TikTok, Aisar, 25, kelihatan dikerumuni ramai mangsa banjir ketika menyerahkan pakaian dan bantuan lain. Namun suasana menjadi tegang apabila seorang lelaki tempatan muncul dan mengarahkan mereka meninggalkan kawasan tersebut.
“Jangan Masuk Sini, Orang Sedang Buat Kerja!”
Individu terbabit dilihat berkeras menegur Aisar dan pasukannya dengan suara lantang, dipercayai tidak senang dengan kehadiran mereka ketika operasi pembersihan sedang dijalankan.
“Pergi kamu. Jangan kamu masuk di sini. Orang sedang membuat pembersihan. Alihkan kenderaan,” katanya.
Walaupun situasi agak panas, Aisar dilihat kekal tenang. Beliau memohon maaf dan mengucapkan terima kasih kepada lelaki berkenaan sambil meninggalkan kawasan itu.
Baca juga : Amira Othman Akui Fattah Amin Antara Kawan Lelaki Yang Rapat
Baca juga : Amira Othman kongsi video Fattah Amin buat trend TikTok di restorannya. Netizen tak sangka ‘Kak Long’ selamba up content ‘dugem’ macam tu!
Aisar Kesal, Anggap Tiada Rasa Hormat & Tidak Bersyukur
Dalam respons selepas insiden tersebut, Aisar menyifatkan tindakan lelaki itu sebagai kurang sopan dan tidak menghargai usaha bantuan yang dibawa mereka dari jauh.
“Tiada hormat dan tidak bersyukur,” katanya ringkas.
Namun begitu, Aisar tetap memilih untuk tidak membalas dengan cara kasar dan kekal tenang sepanjang masa.
Disokong Anak-Anak Bali, Netizen Juga Simpati
Di sebalik insiden yang berlaku, Aisar menerima kata-kata semangat daripada beberapa kanak-kanak tempatan yang memintanya agar tidak terlalu mengambil hati dengan insiden itu.
Di ruangan komen, ramai netizen dari Malaysia dan Indonesia memuji sikap Aisar yang matang dan ikhlas dalam membantu. Ramai juga menganggap apa yang berlaku sebagai satu ujian dan berharap Aisar akan terus buat kebaikan tanpa gentar.
PERHATIAN: Pihak osedapdotcom tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang ditulis oleh para pembaca. Pastikan anda berfikir secara matang sebelum meninggalkan sebarang komen di sini. Pihak osedapdotcom juga tidak berupaya untuk memantau semua komen yang dipaparkan. Segala komen adalah tanggungjawab anda sendiri.
Sumber : Tiktok
@illaaryantz0 #aisarkhaledd #aisarsultanmalaysia kalau ga suka aisar berbagi ngomong baik2 aj pak jgn marah2 ngusir2 lgian emng knpa klu aisar paling eksis pling terang minimal dia ngasih bantuan ke warga #praybali
♬ suara asli - illa aryantz - illa aryantz



