· · ·

Pekerja Bangladesh Dedah Gaji Cecah RM5,000 Sebulan

Pekerja Warga Asing Dedah Gaji Cecah RM5,000 Sebulan Di Malaysia

Satu video tular di TikTok telah menarik perhatian ramai netizen apabila seorang lelaki warga Bangladesh mendedahkan pendapatannya sebagai pekerja di Malaysia kini mencecah antara RM4,000 hingga RM5,000 sebulan.

Menerusi video yang dikongsikan oleh pengguna akaun TikTok @SyokGeng, lelaki itu memberitahu bahawa dia sudah menetap di Malaysia selama hampir 10 tahun dan bekerja keras setiap hari tanpa cuti.

“Saya sudah berada di Malaysia selama 10 tahun dan gaji saya dalam RM4,000 hingga RM5,000 sebulan. Sehari saya akan bekerja selama 10 jam dan tak ada cuti,” katanya.

Baca juga : Amira Othman Akui Fattah Amin Antara Kawan Lelaki Yang Rapat

Baca juga : Amira Othman kongsi video Fattah Amin buat trend TikTok di restorannya. Netizen tak sangka ‘Kak Long’ selamba up content ‘dugem’ macam tu!

Selesa Hidup di Malaysia, Tak Rancang Pulang ke Bangladesh

Ketika ditanya tentang pengalamannya bekerja di Malaysia, lelaki itu berkongsi perasaan selesa dan puas hati dengan kehidupan di sini. Malah, dia mengaku sudah lama tidak pulang ke negara asal kerana tiada sebab untuk berbuat demikian.

“Duduk, kerja dan tidur di Malaysia sangat okay sampaikan saya dah lama tak balik Bangladesh,” katanya lagi dengan wajah tenang.

Ujarnya, segala yang ada di Malaysia serba lengkap dan membuatkan dia rasa lebih ‘hidup’ berbanding di kampung halaman.

“Kat sini semuanya okay, tak ada yang tak okay. Yang tak okay Bangladesh saja,” tambahnya dengan nada bersahaja.

Ramai Netizen Kagum & Terkedu

Rata-rata netizen memberikan pelbagai reaksi terhadap pendedahan itu. Ada yang kagum dengan semangat kerja tanpa cuti selama 10 tahun, dan ada juga yang terpinga-pinga bila tahu gajinya lebih tinggi dari sesetengah rakyat tempatan.

Beberapa pengguna media sosial turut berkongsi pandangan bahawa pekerja asing seperti ini memang rajin dan sanggup berkorban masa serta tenaga untuk mencapai taraf hidup yang lebih baik.

PERHATIAN: Pihak osedapdotcom tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang ditulis oleh para pembaca. Pastikan anda berfikir secara matang sebelum meninggalkan sebarang komen di sini. Pihak osedapdotcom juga tidak berupaya untuk memantau semua komen yang dipaparkan. Segala komen adalah tanggungjawab anda sendiri.


 Sumber : Tiktok

@syokgeng

Bangla ni gaji rm5,000 guys! Kau hadoooo 🫣😝 #syokgeng #mrsyok #bangla #bangladesh

♬ original sound - SyokGeng - SyokGeng

Tarziman —26/09/2025,  02:37PM

TONTON VIDEO KAMI

5 Videos