· ·

Cikgu Tuisyen Ajar Matematik Atas Pelamin Buat Ramai Terhibur

Cikgu Tak Boleh Move On Dari Mengajar, Siap Buat Kelas Matematik Ketika Bersanding!

Biasanya majlis kahwin adalah masa untuk pengantin ‘rehat’ daripada segala urusan kerja. Tapi berbeza pula dengan Sir Uzairi, guru tuisyen popular dari MC Plus yang membawa semangat mengajarnya sampai ke pelamin!

Menerusi video tular dari TikTok @thekhulafastudio, Sir Uzairi dilihat lengkap berbaju songket sedang memberikan penerangan subjek Matematik di atas pelamin semasa majlis persandingannya. Bukan main semangat lagi siap bawa papan putih dan jangka lukis!

Goodies? Nope, Dapat Jangka Lukis!

Buat tetamu yang hadir, mereka bukan sekadar dapat makan dan bergambar. Malah turut berpeluang menyegarkan kembali ingatan tentang cara guna jangka lukis. Aksi Sir Uzairi yang melukis bulatan dan menerangkan teknik pada papan putih membuatkan suasana majlis jadi macam kelas tuisyen sebenar.

“Siapa sangka datang kenduri, dapat kelas Matematik sekali!” komen seorang tetamu berseloroh.


Baca juga : ‘Sebab You Pun Mat Salleh’ – Netizen ‘Sekolahkan’ Rhys William, Isu Warga Asing Di Malaysia Jadi Panas!”

Baca juga : “Bersyukur betul tinggal dekat Malaysia” – Netizen Puji LRT Selepas Melihat Stesen Metro Ini di Amerika Syarikat

Netizen Terhibur Dengan Semangat Cikgu

Ruangan komen dipenuhi dengan reaksi lucu netizen. Ramai yang kagum dan geli hati dengan semangat Sir Uzairi yang tetap mahu berkongsi ilmu walaupun sedang bersanding.

“Patutlah cikgu Matematik susah nak MC, cuti pun nak mengajar,” kata seorang pengguna TikTok.

“Lain macam dedication cikgu ni… kahwin pun tetap gigih nak bagi ilmu,” tambah yang lain.

Ada juga yang berseloroh, kalau cuti kahwin tak lulus, buat je kelas dekat pelamin!

Ilmu Tak Kira Tempat, Asalkan Sampai

Apa pun, inisiatif unik ini membuktikan bahawa ilmu boleh disampaikan di mana-mana sahaja, hatta ketika majlis perkahwinan. Aksi spontan dan penuh semangat ini pasti akan diingati bukan sahaja oleh pengantin, tapi juga semua tetamu yang hadir.

PERHATIAN: Pihak osedapdotcom tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang ditulis oleh para pembaca. Pastikan anda berfikir secara matang sebelum meninggalkan sebarang komen di sini. Pihak osedapdotcom juga tidak berupaya untuk memantau semua komen yang dipaparkan. Segala komen adalah tanggungjawab anda sendiri.


 Sumber : Tiktok

@thekhulafastudio

Sape yang join class tadi 😂 #uzairi #adleen #wedding #villabonda #mcplus

♬ original sound - KHULAFA STUDIO - KHULAFA STUDIO

Tarziman —08/10/2025,  10:00AM

TONTON VIDEO KAMI

5 Videos