Marsya Anak Liza Hanim Dinobat Juara Talk To My Manager
Marsya Qistina Anak Liza Hanim Juara Talk To My Manager
Anak kepada penyanyi terkenal, Liza Hanim, iaitu Marsya Qistina berjaya merangkul gelaran juara bagi program realiti Talk To My Manager (TTMM) yang berlangsung pada malam Ahad di Auditorium MBSA Shah Alam.

Dengan kemenangan itu, Marsya membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM30,000 serta kontrak untuk menghasilkan sebuah single baharu di bawah naungan syarikat rakaman Rocketfuel Entertainment.
Ucapan Terima Kasih Marsya
Dalam satu kenyataan ringkas selepas diumumkan sebagai pemenang, Marsya menzahirkan rasa syukur dan berterima kasih kepada semua yang menyokong perjalanannya di dalam program tersebut.
“Syukur Alhamdulillah atas rezeki ini. Terima kasih kepada semua kerana nampak potensi saya,” katanya.
Talita Naib Juara, Audra dan Ammar Tempat Ketiga & Keempat
Naib juara pula dimenangi oleh Talita (anak kepada Shuib) yang menerima RM15,000 manakala tempat ketiga dan keempat masing-masing diraih oleh Audra (Sharifah Shahirah) dan Ammar (Ameng) yang masing-masing menerima hadiah sagu hati sebanyak RM10,000 dan RM5,000.
Tempat kelima pula diduduki oleh Ehmad Hadie (Ina Naim) manakala Ahmad Dayyan (Siti Saerah) berada di kedudukan keenam. Mereka masing-masing menerima hadiah wang tunai RM3,000 serta penghargaan Manager Paling Viral bernilai RM500.
Tugasan Akhir dan Artis Jemputan
Untuk pentas akhir, para peserta diberi dua tugasan istimewa iaitu “redemption” dan “reconnect” yang perlu dipersembahkan bersama artis jemputan.
Persembahan pembukaan diserikan oleh kumpulan ALPHA dengan lagu popular dari My Chemical Romance (MCR).
Baca juga : ‘Sebab You Pun Mat Salleh’ – Netizen ‘Sekolahkan’ Rhys William, Isu Warga Asing Di Malaysia Jadi Panas!”
Baca juga : “Bersyukur betul tinggal dekat Malaysia” – Netizen Puji LRT Selepas Melihat Stesen Metro Ini di Amerika Syarikat
Shiera Menang Pengurus Paling Bernilai
Sharifah Shahirah turut dinobatkan sebagai pemenang kategori Most Valuable Manager (MVM) dan memilih baucar membeli-belah bernilai RM2,000 berbanding hadiah percutian ke Langkawi dan gelang emas.
Program TTMM selama 8 minggu ini dikendalikan oleh pengacara lagenda Datuk Aznil Hj Nawawi (Pak Nil) serta diadili oleh Che Puan Sarimah dan Datuk AC Mizal, bersama Datuk Syafinaz Selamat selaku juri jemputan.
Sistem Pemarkahan
Pemarkahan akhir adalah berdasarkan gabungan 60% markah dari pihak pengurus (ibu bapa) dan 40% daripada undian penonton.
PERHATIAN: Pihak osedapdotcom tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang ditulis oleh para pembaca. Pastikan anda berfikir secara matang sebelum meninggalkan sebarang komen di sini. Pihak osedapdotcom juga tidak berupaya untuk memantau semua komen yang dipaparkan. Segala komen adalah tanggungjawab anda sendiri.


