· ·

Saloma Bridge ‘Dikuasai’ Ulat Gambar, Peminat Fotografi Bengang

Fenomena Ulat Gambar Semakin Parah Di Saloma Bridge

Satu lagi lokasi ikonik di ibu kota, Saloma Bridge, kini didakwa ‘dikuasai’ oleh ulat gambar atau jurufoto jalanan yang semakin agresif dan mengganggu pengalaman pelawat serta peminat fotografi.

Geng Ulat Gambar Didakwa ‘Tuntut Kawasan’

Menurut perkongsian pengguna Threads @turis.sesat, fenomena ini semakin membimbangkan apabila kumpulan jurufoto tertentu dipercayai mengawal spot bergambar strategik di kawasan jambatan tersebut.

Dalam perkongsian itu, dia berkata niat asalnya hanyalah untuk mengambil gambar dan video bagi promosi kempen Tahun Melawat Malaysia 2026, namun diganggu apabila kawasan menarik tersebut telah ‘ditawan’ oleh kumpulan jurufoto yang hanya benarkan sesiapa yang menggunakan servis mereka sahaja untuk bergambar.

 


Baca juga : ‘Sebab You Pun Mat Salleh’ – Netizen ‘Sekolahkan’ Rhys William, Isu Warga Asing Di Malaysia Jadi Panas!”

Baca juga : “Bersyukur betul tinggal dekat Malaysia” – Netizen Puji LRT Selepas Melihat Stesen Metro Ini di Amerika Syarikat

Pelancong Diusir, Lokasi Bergambar ‘Dirampas’

Lelaki itu juga mendedahkan bahawa pelancong yang hadir ke lokasi tersebut diusir secara terang-terangan jika tidak mendapatkan khidmat mereka. Ada antaranya yang kecewa apabila tidak dapat mengambil gambar yang cantik kerana kawasan tersebut seolah-olah dipunyai secara peribadi oleh golongan ulat gambar.

Situasi ini bukan sahaja mencemarkan imej negara, malah turut menimbulkan rasa takut dalam kalangan pengunjung yang bimbang akan keselamatan diri mereka jika berdepan dengan layanan kasar.

Rayuan Kepada Pihak Berkuasa

Disebabkan insiden ini, pengguna tersebut menyeru agar polis dan DBKL turun padang dan memantau kawasan tumpuan pelancong seperti Saloma Bridge dan KLCC secara berkala.

Beliau turut memberi amaran bahawa jika perkara ini tidak ditangani segera, ia berpotensi menjejaskan reputasi Malaysia di mata dunia, sama seperti isu yang berlaku di Semporna apabila pelancong asing mengadu tentang kawasan yang kotor dan tidak terurus.

PERHATIAN: Pihak osedapdotcom tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang ditulis oleh para pembaca. Pastikan anda berfikir secara matang sebelum meninggalkan sebarang komen di sini. Pihak osedapdotcom juga tidak berupaya untuk memantau semua komen yang dipaparkan. Segala komen adalah tanggungjawab anda sendiri.


 Sumber : Threads

Tarziman —14/10/2025,  11:43PM

TONTON VIDEO KAMI

5 Videos