· ·

Uqasha Senrose Dedah Sudah Setahun Bersabar Demi Anak Sebelum Fail Cerai

Uqasha Senrose Akui Sudah Setahun Bersabar Sebelum Fail Cerai

Bersabar Demi Anak, Tapi Terpaksa Juga Nekad

Pelakon Uqasha Senrose akhirnya bersuara tentang pergolakan rumah tangganya bersama Kamal Adli. Dalam satu sesi siaran langsung di TikTok pada Rabu, Uqasha mengakui bahawa dia sudah terlalu lama bersabar, terutama demi anak perempuan mereka, Hawra Uqaira, yang kini berusia 18 bulan.

“Bersabar untuk anak? Kerana untuk anak itu lah sudah setahun saya bersabar,” katanya.

Perkongsian tersebut menguatkan spekulasi bahawa isu rumah tangga mereka telah bergolak sejak sekian lama, sebelum dia benar-benar nekad untuk memfailkan penceraian pada 1 Oktober lalu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Bukan Mahu Buka Aib

Dalam live yang sama, Uqasha turut menyatakan bahawa kemelut ini adalah satu ujian hidup yang perlu ditempuhnya.

“Betul ini adalah dugaan, dugaan untuk diri saya. Sudah bahagiaan saya begini, setiap manusia tidak akan henti diuji.”

Dia juga menegaskan bahawa dia tidak berniat untuk membuka aib sesiapa dan menyerahkan sepenuhnya kepada netizen untuk menilai.

“Dah terlalu masak dan terlampau masak, terserah kepada kalian. Kerana saya tidak pernah cakap nak buka aib sesiapa.”

Kamal Tidak Hadir Prosiding

Untuk makluman, prosiding pertama kes perceraian mereka pada Rabu ditangguhkan ke tarikh baharu iaitu 28 Oktober, selepas Kamal Adli selaku defendan tidak hadir ke mahkamah.

Menurut peguam Uqasha, permohonan cerai difailkan mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam atas alasan tiada persefahaman lagi antara pasangan tersebut.

Imbas Kembali Detik Bahagia

Uqasha dan Kamal sah bergelar suami isteri pada 5 November 2021 dalam satu majlis di Janda Baik, Pahang. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Hawra Uqaira.

@sajenakpost

#uqashasenrose #kamaladli #cerai #semogadipermudahkan #fyp

♬ original sound - sajenakpost - sajenakpost


Baca juga : ‘Sebab You Pun Mat Salleh’ – Netizen ‘Sekolahkan’ Rhys William, Isu Warga Asing Di Malaysia Jadi Panas!”

Baca juga : “Bersyukur betul tinggal dekat Malaysia” – Netizen Puji LRT Selepas Melihat Stesen Metro Ini di Amerika Syarikat

PERHATIAN: Pihak osedapdotcom tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang ditulis oleh para pembaca. Pastikan anda berfikir secara matang sebelum meninggalkan sebarang komen di sini. Pihak osedapdotcom juga tidak berupaya untuk memantau semua komen yang dipaparkan. Segala komen adalah tanggungjawab anda sendiri.


 Sumber : Tiktok

Tarziman —23/10/2025,  10.09AM

TONTON VIDEO KAMI

5 Videos