· · ·

​​Norish Karman Dedah Jaga 4 Anak Angkat, Hidup Makin Perit

Dedah Jaga 4 Anak Angkat Tanpa Bezakan Kasih Sayang

Pelakon Norish Karman sekali lagi jadi perhatian bila berkongsi sisi kehidupan yang ramai tak tahu. Menerusi siaran langsung di TikTok, Norish mendedahkan dia sebenarnya menjaga empat orang anak angkat, menjadikan jumlah keseluruhan anaknya seramai lapan orang. Apa yang buat ramai tersentuh, dia jaga semua anak tanpa sebarang perbezaan, seolah-olah semuanya anak kandung sendiri.

Dalam keadaan hidup yang tidak mudah, Norish tetap cuba kuatkan diri demi memastikan anak-anaknya membesar dengan sempurna. Walaupun diuji dengan kekangan kewangan, dia masih berusaha mencari rezeki walaupun peluang yang datang semakin terhad.

7 Tahun Tiada Tawaran, Hidup Makin Terhimpit

Realiti hidup Norish bukan sekadar mencabar, malah semakin berat sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Pelakon drama Spa Q itu sendiri mengakui sudah lama tidak menerima sebarang tawaran berlakon yang sebelum ini menjadi sumber pendapatan utamanya. “Tujuh tahun saya tak ada tawaran kerja,” katanya secara jujur.

Lebih menyentuh hati, dia turut berkongsi keadaan hidupnya yang serba kekurangan hingga terpaksa bergantung kepada apa yang ada. “Kereta itu dah layak masuk longkang,” katanya, menggambarkan betapa sukarnya keadaan yang sedang dilalui ketika ini.

Kesihatan Merosot, Nasib Anak Jadi Keutamaan

Selain masalah kewangan, keadaan kesihatan Norish juga semakin membimbangkan. Difahamkan, dia menghidap masalah paras darah dan zat besi yang terlalu rendah sejak dua tahun lalu, hingga menyebabkan pergerakannya terbatas dan hanya mampu menggunakan kerusi roda.

Dalam situasi ini, anaknya Manda Hash terpaksa tampil memohon bantuan bagi menampung kos rawatan. Pada masa sama, usahawan terkenal Aliff Syukri turut menghulurkan bantuan dengan menawarkan peluang kepada Norish dan anak-anaknya menjadi hos siaran langsung untuk mempromosikan produk perniagaannya.

Baca juga : ‘Sebab You Pun Mat Salleh’ – Netizen ‘Sekolahkan’ Rhys William, Isu Warga Asing Di Malaysia Jadi Panas!”

Baca juga : “Bersyukur betul tinggal dekat Malaysia” – Netizen Puji LRT Selepas Melihat Stesen Metro Ini di Amerika Syarikat

PERHATIAN:  Pihak Osedapdotcom tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang ditulis oleh para pembaca. Pastikan anda berfikir secara matang sebelum meninggalkan sebarang komen di sini. Pihak osedapdotcom juga tidak berupaya untuk memantau semua komen yang dipaparkan. Segala komen adalah tanggungjawab anda sendiri.

Kredit : TheVocket

Video : 


Tarziman —16/04/2026,  03.22PM

Video Budak Bagi Duit Raya Jadi Perdebatan

Satu video tular memaparkan seorang kanak-kanak Malaysia berkongsi rezeki dengan memberi duit raya telah mencuri perhatian ramai. Perbuatan tersebut pada asalnya dipuji sebagai satu amalan murni yang melambangkan budaya masyarakat Malaysia, namun situasi bertukar apabila muncul tuduhan dari seorang pengguna media sosial luar negara yang mendakwa ia hanyalah gimik.

Netizen Tuduh Semua Dah ‘Setup’

Dalam satu tangkap layar yang dikongsikan, individu tersebut menuduh kandungan video itu telah dirancang oleh pencipta konten untuk kelihatan baik di mata orang ramai. Dia turut mempertikaikan tindakan kanak-kanak itu membawa sampul duit raya untuk diberikan kepada orang asing dan mendakwa semuanya sudah disediakan lebih awal sebagai sebahagian daripada skrip.

Creator Terus ‘Sekolahkan’ Balik

Dakwaan tersebut bagaimanapun tidak dibiarkan begitu sahaja apabila pencipta konten itu tampil mempertahankan video tersebut. Dia menegaskan bahawa apa yang berlaku adalah ikhlas dan spontan, bukan lakonan seperti yang dituduh. “Berani betul awak! Saya tidak pernah dan tidak akan sesekali memalsukan mana-mana video. Interaksi ini adalah ikhlas dan berlaku secara spontan!,” katanya.

Keikhlasan Masih Wujud

Insiden ini sekali lagi membuka mata ramai bahawa tidak semua perkara perlu dipandang negatif. Apa yang dilihat sebagai kebaikan kadang-kadang tetap dipersoalkan, namun hakikatnya masih ramai yang melakukan sesuatu dengan niat yang ikhlas tanpa sebarang agenda tersembunyi.

Baca juga : ‘Sebab You Pun Mat Salleh’ – Netizen ‘Sekolahkan’ Rhys William, Isu Warga Asing Di Malaysia Jadi Panas!”

Baca juga : “Bersyukur betul tinggal dekat Malaysia” – Netizen Puji LRT Selepas Melihat Stesen Metro Ini di Amerika Syarikat

PERHATIAN:

Pihak Osedapdotcom tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang ditulis oleh para pembaca. Pastikan anda berfikir secara matang sebelum meninggalkan sebarang komen di sini. Pihak osedapdotcom juga tidak berupaya untuk memantau semua komen yang dipaparkan. Segala komen adalah tanggungjawab anda sendiri.

Kredit : Instagram

Video : 


Tarziman —30/03/2026,  02.09PM

TONTON VIDEO KAMI

5 Videos