Jokowi Dikecam Muslim Indonesia Selepas Berdoa Depan Jenazah Pope
Jokowi Dikecam Muslim Indonesia Selepas Berdoa Depan Jenazah Pope
Bekas Presiden Indonesia, Joko Widodo atau Jokowi, menjadi perhatian hangat di media sosial selepas gambarnya tular seolah-olah sedang berdoa di hadapan jenazah Pope di Vatican City.
Dalam gambar tersebut, Jokowi dan rombongannya dilihat berpakaian rasmi lengkap bersongkok, berdiri di hadapan keranda Pope bersama paderi Katolik dan pengawal Swiss. Aksi Jokowi mengangkat tangan dalam gaya doa Muslim telah mencetuskan perdebatan panas dalam kalangan umat Islam Indonesia.
Kecaman Netizen
Ramai netizen mengecam tindakan itu, mengatakan Nabi Muhammad SAW hanya mengajarkan untuk berdiri menghormati jenazah non-Muslim, bukannya mendoakan mereka. Kritikan ini berpunca daripada larangan dalam Islam untuk mendoakan keampunan bagi orang bukan Islam yang meninggal dalam kekufuran.
Baca Juga :Malaysia Bantu Indonesia Bangunkan Kota Nusantara – ‘Terima Kasih Pak!’
Baca juga :Rundingan Gagal, AS Naikkan Tarif Import Indonesia Hingga 47%
Pandangan Ustaz Azhar Idrus
Pendakwah terkenal Malaysia, Ustaz Azhar Idrus, turut menegaskan bahawa tindakan berdoa kepada mayat bukan Islam adalah haram, merujuk ayat Al-Quran dalam Surah At-Taubah ayat 113 serta pandangan ulama seperti Imam Al-Maraghi dan Imam Nawawi.
Ada Yang Pertahankan Jokowi
Namun, segelintir pihak mempertahankan Jokowi dengan menyatakan bahawa beliau mungkin hanya berdiri dalam tanda hormat, bukan berdoa secara ritual Islam.
Di tengah-tengah kontroversi ini, ramai mengingatkan bahawa sebarang tindakan perlu dinilai dengan ilmu dan adab, bukan hanya emosi semata-mata.
Upacara Pengebumian
Pope Francis disemadikan dalam satu upacara penuh istiadat di Vatican yang dihadiri lebih 250,000 penganut Katolik dari seluruh dunia.
Sumber : Twitter
https://x.com/i/status/1916269203633639913
By Tarziman — 28 Apr 2025, 03:32 PM