Indonesia Cadang Hantar Pelajar Kuat Main Mobile Legends, Samseng & Pemabuk Ke Kem Tentera
Gabenor Jawa Barat, Dedi Mulyadi mengumumkan satu inisiatif kontroversi dalam usaha membentuk semula sikap pelajar bermasalah — termasuk yang gemar bermain Mobile Legends hingga lewat malam, ponteng sekolah, atau bersikap agresif.
Menurut laporan Viva News & Insight, program ini akan mula dilaksanakan pada 2 Mei 2025 melibatkan beberapa daerah panas di seluruh Jawa Barat. Langkah itu akan dilaksana dengan kerjasama Tentera Nasional Indonesia (TNI) dan Kepolisian Republik Indonesia (Polri).
Antara kategori pelajar yang akan terlibat adalah mereka yang sering melawan ibu bapa, membuat kacau di sekolah, atau terbabit dalam gejala sosial seperti minum arak dan merokok. Menurut Dedi, ini adalah respons terhadap masalah disiplin yang semakin meruncing dalam kalangan remaja.
“Yang suka bergaduh, kaki mabuk, kaki Mobile Legends. Yang bangun lewat, melawan mak ayah, buat kacau di sekolah atau asyik ponteng, semua tu masuk dalam senarai,” kata Dedi dalam satu sidang media di Kompleks Parlimen, Senayan.
Baca Juga :Malaysia Bantu Indonesia Bangunkan Kota Nusantara – ‘Terima Kasih Pak!’
Baca juga : Jakim Arah Tarik Balik 11 Produk Makanan Indonesia Kerana Ada Unsur DNA Babi
30–40 Barak Tentera Dikhaskan
Sekitar 30 hingga 40 kem khas disediakan oleh pihak TNI untuk menampung pelajar-pelajar ini. Mereka akan mengikuti modul ketenteraan khas selama enam bulan — tanpa perlu hadir ke sekolah biasa — dengan fokus terhadap disiplin, tanggungjawab dan nilai hormat.
Pemilihan pelajar akan dibuat berdasarkan cadangan pihak sekolah dan ibu bapa, khusus untuk pelajar yang menunjukkan tingkah laku berisiko atau sukar dibentuk melalui sistem pendidikan sedia ada.
Inisiatif ini mencetus perbincangan hangat dalam kalangan masyarakat — ada yang memuji langkah tegas ini, manakala segelintir mengkritik pendekatan ‘keras’ tersebut dan menyifatkannya sebagai tidak sesuai untuk pendidikan moden.
Sumber : Viva.Co.id
By Tarziman — 02 May 2025, 01:59 PM