· · ·

Aiman Tak Kesah akui gagal bina rumah tangga kerana tiada asas agama. Niat hanya lafaz talak dua, tapi peguam syariah kata semua talak terjatuh.

Pempengaruh media sosial, Aiman Tak Kesah, tampil mengakui bahawa rumah tangganya bersama Siti Jamumall runtuh kerana dirinya tidak memiliki ilmu asas dalam hal perkahwinan dan agama.

Dalam satu siaran langsung yang dikongsikan semula oleh pengguna TikTok @chaatwin32, Aiman menyatakan bahawa dia tidak mempunyai pengetahuan asas agama sewaktu memilih untuk berkahwin — dan ini, menurutnya, menjadi punca utama kegagalan rumah tangganya.

“Aku pun satu juga, tak ada ilmu pergi kahwin. Alif ba ta pun tak tahu. Gagal didik isteri, kahwin lagi. Habis punah rumah tangga,” luahnya secara jujur.

Aiman, 22, turut menjelaskan bahawa sewaktu pergaduhan tercetus bersama Siti yang berlangsung secara langsung di TikTok baru-baru ini, dia hanya berniat untuk menjatuhkan talak dua sahaja. Namun begitu, menurut seorang peguam dari mahkamah syariah yang ditemuinya, lafaznya pada malam itu mungkin telah menjatuhkan kesemua talak yang ada.

“Niat aku nak talak dua ja, tapi ada peguam dari mahkamah syariah kata yang saya sebenarnya dah jatuhkan kesemua talak. Aku pun tak tahu, kena tunggu keputusan mahkamah,” katanya.

Aiman turut menafikan dakwaan berlaku curang atau keluar malam untuk tujuan yang tidak baik, sebaliknya menyatakan bahawa dia baru sahaja pulang dari kerja pada malam kejadian dan hanya mahu menunjukkan hasil pendapatannya kepada isteri.

Baca Juga : Live Depan 20,000 Penonton, Siti Jamumall Diceraikan Talak Dua

Baca juga : Aliff Syukri pesan netizen jangan sibuk urusan cerai Siti Jamumall & Aiman — itu tugas mahkamah, bukan orang luar.

“Malam itu sebenarnya aku nak tunjuk hasil yang aku dapatlah. Tapi kena tuduh macam-macam pula,” jelasnya dengan nada kesal.

Untuk rekod, Siti dan Aiman sebelum ini pernah berdepan isu perceraian namun kembali rujuk selepas proses pengesahan lafaz cerai. Siti sebelum itu pernah berkahwin dengan Mohammad Syafiq pada tahun 2019 dan dikurniakan dua anak lelaki — Putra Adam Rizki dan Putra Aiman Zafran. Rumah tangga bersama Aiman pula dibina pada Jun tahun lalu di Satun, Thailand.

Sumber : Tiktok

@

♬ -

By Tarziman — 21 May 2025,  02:25 PM

TONTON VIDEO KAMI

5 Videos