Fatin Morat Luah Rasa Tak Kuat, Tarik Perhatian Ramai
Fatin Morat Luah Rasa Tak Kuat, Tarik Perhatian Ramai
Hantaran terbaharu yang dimuat naik oleh Fatin Morat, bekas isteri kepada pempengaruh Chazynash, telah mencuri perhatian ramai di media sosial.
Luahan Fatin Morat di Media Sosial
Menerusi satu perkongsian di laman Threads, Fatin secara ringkas meluahkan perasaan yang sedang dilaluinya ketika ini.
“I don’t feel strong (Saya rasa tak kuat),” tulisnya pendek namun penuh makna.
Berdasarkan pemerhatian OhBulan!, beberapa hantaran terdahulu Fatin turut memperlihatkan dia sedang berdepan dengan kekecewaan dan mencuba untuk bangkit semula.
Baca Juga : Shuk Sahar nafi biar isteri gantung tak bertali, perkahwinan belum didaftarkan pun sebenarnya
Baca juga : Fara Salleh Dilepaskan Melalui Panggilan Telefon, Dakwa Shuk Buang Anak Sebelum Lahir
Netizen Beri Nasihat dan Sokongan
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tidak ketinggalan memberikan kata-kata semangat dan nasihat agar Fatin terus tabah dan menyerahkan segalanya kepada Allah SWT.
“Tak perlu jadi kuat, berhenti sekejap bila penat dan menangis. Tetapi kena bangun semula untuk teruskan kehidupan.”
“Alihkan fikiran awak dan cuba sibukkan diri.”
“Kalau perlu menangis, menangislah tapi lepas tu kena jadi lebih kuat.”
“Tengok wajah anak-anak, ambil kekuatan dari situ.”
“Dekatkan diri dengan Allah, Dia sebaik-baik perancang. Apa yang jadi pasti ada hikmah.”
Punca Perceraian dan Kisah Lalu
Untuk makluman, Chazynash sebelum ini telah mengesahkan perceraian mereka pada 23 Januari lalu menerusi satu hantaran di Instagram. Menurut Chazynash, perpisahan itu berpunca daripada kesilapannya sendiri dan merupakan keputusan yang dipersetujui bersama.
Disclaimer
PERHATIAN: Pihak osedapdotcom tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang ditulis oleh para pembaca. Pastikan anda berfikir secara matang sebelum meninggalkan sebarang komen di sini. Pihak osedapdotcom juga tidak berupaya untuk memantau semua komen yang dipaparkan. Segala komen adalah tanggungjawab anda sendiri.
Sumber : Threads Fatin Morat
By Tarziman — 11 Jun 2025, 2: 02PM



