· · ·

Ferrari Kalah Saman Terhadap Syarikat Minuman Tenaga Malaysia Guna Logo Kuda

Ferrari Gagal Saman Syarikat Malaysia Berhubung Logo ‘Kuda’

Syarikat automotif mewah terkenal Itali, Ferrari SpA, tewas dalam usaha undang-undangnya untuk menghalang sebuah syarikat minuman tenaga dari Malaysia yang menggunakan logo berunsur kuda.

Syarikat yang disaman ialah Sunrise-Mark Sdn Bhd, pengeluar minuman tenaga berjenama ‘Wee Power’. Ferrari mendakwa logo yang digunakan oleh syarikat itu mengelirukan dan menyerupai logo ikonik mereka, namun Mahkamah Tinggi menolak saman tersebut.

Mahkamah: Logo Tak Sama, Tak Mengelirukan

Dalam keputusan bertarikh 30 Mei, Mahkamah Tinggi menyatakan bahawa hanya terdapat satu persamaan, iaitu elemen gambaran kuda, namun itu tidak mencukupi untuk menimbulkan kekeliruan di kalangan pengguna.

“Logo Ferrari hanya mengandungi seekor kuda, manakala logo defendan mengandungi dua ekor kuda yang menghadap antara satu sama lain,” kata Hakim Adlin Abdul Majid.

Logo syarikat Malaysia juga mengandungi huruf besar ‘W’ di tengah dan perkataan ‘Wee Power’ di bawah kuda — satu identiti visual yang menurut mahkamah jelas berbeza.


Baca juga : The Ordinary Baker Saman Eclairis RM1.5 Juta, Pertelingkahan Keluarga Jadi Tontonan Umum

Baca juga : “Kita Tengoklah…” – Peguam ‘Abang Bas’ Sahkan Saman Terhadap Dua Selebriti Wanita

Nama ‘Wee’ Bukan Untuk Kaitkan Diri Dengan Ferrari

Menurut penjelasan peguam defendan, nama ‘Wee’ berasal daripada nama pengasas syarikat iaitu Wee Juan Chien, dan bukan merujuk kepada makna ‘kecil’ dalam bahasa Inggeris.

“Tidak mungkin defendan mahu jenama minuman tenaga dikaitkan dengan makna seperti ‘kuasa sangat kecil’ atau ‘kuasa terlalu awal’,” jelas hakim secara sinis.

Tiada Peluang Untuk Pengguna Tersilap Antara Dua Jenama

Mahkamah turut menekankan bahawa Ferrari dan Wee Power beroperasi dalam industri yang berbeza, iaitu automotif mewah dan minuman tenaga.

“Pelanggan Ferrari tidak akan bertindih dengan pelanggan Wee Power. Tidak mungkin pengguna biasa akan menganggap produk minuman tenaga itu ada kaitan dengan Ferrari,” jelas hakim.

Ferrari Diperintah Bayar Kos Guaman

Susulan keputusan itu, Ferrari diperintah untuk membayar kos guaman kepada Sunrise-Mark Sdn Bhd.

Ferrari diwakili oleh peguam PC Kok dan Ng Pau Chze, manakala pihak defendan diwakili oleh YY Ho dan Amirah Najihah Ameruddin.

PERHATIAN: Pihak osedapdotcom tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang ditulis oleh para pembaca. Pastikan anda berfikir secara matang sebelum meninggalkan sebarang komen di sini. Pihak osedapdotcom juga tidak berupaya untuk memantau semua komen yang dipaparkan. Segala komen adalah tanggungjawab anda sendiri.


Sumber : Says

B Tarziman — 01/07/2025,  02: 05PM

TONTON VIDEO KAMI

5 Videos