Mawar Rashid Makin Pemurah, Belanja Peha Masa Main Tenis Buat Netizen Tak Senang Duduk
Mawar Rashid Tampil Seksi Dalam Foto Terbaru
Nama Mawar Rashid kembali hangat diperkatakan selepas memuat naik beberapa keping gambar bermain tenis di Instagram. Dengan penampilan yang agak daring — memakai skirt pendek dan baju ketat — ramai netizen mula mempersoalkan tindakannya.
Gaya Terbaru Undang Kecaman Netizen
Rata-rata warganet tak senang duduk melihat gaya berpakaian Mawar yang dikatakan terlalu mendedahkan bentuk badan. Dengan statusnya sebagai ibu kepada tiga orang anak, ada yang rasa Mawar patut lebih berhati-hati dengan penampilannya.
Baca juga : “Makin HOT Lepas Jadi Single mom?” – Mawar Rashid Tarik Perhatian Netizen
Netizen Doakan Mawar Kembali Istiqamah
Tak kurang juga yang menitipkan doa agar Mawar kembali ke jalan yang pernah dia pilih dulu. Mereka berharap Mawar kembali berhijab seperti ketika mula bertudung pada Ogos 2020, hasil daripada mengikuti kelas agama di Kelantan.
Dari Isteri Usahawan Ke Ibu Tunggal
Untuk rekod, Mawar pernah mendirikan rumah tangga dengan Raf Yaakob pada November 2017. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata. Namun, pasangan ini berpisah pada November 2023 kerana sudah tiada persefahaman.
PERHATIAN: Pihak osedapdotcom tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang ditulis oleh para pembaca. Pastikan anda berfikir secara matang sebelum meninggalkan sebarang komen di sini. Pihak osedapdotcom juga tidak berupaya untuk memantau semua komen yang dipaparkan. Segala komen adalah tanggungjawab anda sendiri.
Sumber : Instagram – mawarashid
Tarziman — 09/07/2025, 01:59PM



