Nazim Othman Dedah Parut Pembedahan Otak Masih Kekal
Nazim Othman Dedah Parut Pembedahan Otak Masih Kekal: “Ia Peringatan Seumur Hidup”
Pelakon popular, Nazim Othman sekali lagi menarik perhatian peminat apabila berkongsi kisah mengenai parut pembedahan di kepalanya yang masih kekal hingga ke hari ini.
Menerusi sesi soal jawab di media sosial, seorang pengikut bertanya sama ada parut pembedahan otaknya masih ada atau sudah hilang. Jawapan Nazim ringkas tapi penuh makna:
“Mana ada hilang, parut ini ada je sampai mati,” katanya sambil menyifatkan parut itu sebagai tanda peringatan kekal untuk dirinya.
Nazim, atau nama sebenarnya Nushrul Alif Othman, 41, menjelaskan bahawa walaupun parut tersebut tidak kelihatan kerana terlindung oleh rambut, ia tetap menjadi simbol kepada pengalaman sukar yang pernah dilaluinya.
“Ia macam peringatan. ‘Nazim, kau jangan liar sangat. Aku pernah bagi kau peringatan dulu’,” ujarnya berseloroh.
Baca juga : Saintis Harvard Dakwa Kapal Angkasa Makhluk Asing Menuju Ke Bumi Disember Ini
Baca juga : “Rindu Dekat Arwah Ayah” – Wanita Sebak Belanja Atuk Makan Seorang Diri
Imbau Detik Pembedahan Otak
Dalam perkongsian itu juga, Nazim mengimbas kembali pengalaman ngerinya di bilik pembedahan ketika menjalani pembedahan membuang ketumbuhan otak.
“Doktor belah kulit kepala saya, dia gergaji tengkorak, korek otak cari tumor. Dua jam kemudian, tutup semula dan letak enam skru titanium,” katanya.
Untuk makluman, sekitar tahun 2015, Nazim telah disahkan menghidap ketumbuhan pada bahagian otak. Mujurlah pembedahan yang dilakukan berjaya menyelamatkan nyawanya, dan sejak itu, Nazim dilihat lebih terbuka berkongsi kisah peribadinya dengan peminat.



