Zarina Anjoulie Kejutkan Ramai, Muncul Dalam Video Bersama Hot Daddy
Zarina Anjoulie Muncul Bersama Hot Daddy
Pelakon sensasi, Zarina Anjoulie atau lebih mesra disapa Anju, sekali lagi mencetuskan tanda tanya ramai apabila berkongsi sebuah video bersama pelakon lucah yang dikenali sebagai Hot Daddy.
Dalam video tersebut, Anju dilihat rancak berbual dengan beberapa wanita di dapur, sambil memperkenalkan mereka kepada pengikutnya di Instagram.
“Hari Ini Kita Masak-Masak” – Anju
Anju sempat bergurau dengan mengatakan dia perlu belajar memasak daripada rakan-rakan wanitanya kerana hanya tahu menyediakan salad.
“Hari ini kita masak-masak. Mereka masak sedap-sedap. Saya kena belajar dengan mereka macam mana nak masak. Saya hanya pandai buat salad sahaja,” katanya sambil memperkenalkan setiap kenalan wanita yang ada.
Baca juga : Zarina Anjoulie Tuduh Penyanyi Rap Saixse Curi Kad Bank, Ugut Buru Hingga Tertangkap
Baca juga : Penyanyi Rap Malaysia Ditahan Di Laos, Sorok 86kg Ganja Dalam Enam Bagasi
Kehadiran Hot Daddy Curi Perhatian
Apa yang mencuri perhatian netizen adalah kemunculan Hot Daddy dalam video sama. Dia sebelum ini pernah menjadi buruan polis kerana dikaitkan dengan aktiviti persundalan dan penjualan rakaman video lucah.
Walau begitu, motif sebenar Anju berada bersama Hot Daddy dan beberapa wanita lain masih tidak dapat dipastikan. Terdahulu, timbul dakwaan bahawa Hot Daddy kini menetap di luar negara bersama teman-temannya.
Rekod Kes Hot Daddy
Untuk rekod, Hot Daddy atau nama sebenarnya Hasli Ikhwan Arif Zul Hasli pernah berdepan tuduhan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada tahun 2024. Dia didakwa membuat pengiklanan khidmat persundalan menggunakan aplikasi X selain menjual rakaman video lucah.
Namun, pada Disember 2024, mahkamah melepas tanpa membebaskan Hasli Ikhwan bersama dua rakan wanitanya.



