· · ·

Amira Othman Buat Netizen Keliru, Video Busana Pengantin Tular Dengan ‘Hanger’ A & F

Video Amira Othman Dalam Busana Pengantin Jadi Bualan

Nama penyanyi dan pelakon, Amira Othman sekali lagi jadi perhatian selepas muncul dalam satu video terbaru yang menampakkan dirinya menggayakan busana pengantin.

Apa yang lebih mencuri tumpuan, dalam video yang dimuat naik pengasas jenama HijabistaHub, Wanie Elena, kelihatan hanger baju yang dipakai Amira tertera huruf “A” dan “F”.

Netizen Anggap Isyarat Kahwin

Walaupun belum ada pengumuman rasmi, ramai peminat terus meneka bahawa video itu sebenarnya untuk persiapan kahwin. Ruangan komen dipenuhi dengan ucapan tahniah dan ada yang berseloroh nak jadi wedding planner segera.

“Wow, hanger pun siap ada huruf A & F. Confirm pre-wedding ni,” kata seorang peminat.

Sekadar Gimik Atau Betul-Betul Kahwin?

Walaupun ada yang mendakwa ia hanya gimik untuk muzik video terbarunya, peminat masih percaya ada sesuatu yang istimewa bakal berlaku. Malah, khabar angin sebelum ini mengaitkan Amira dengan aktor kacak, Fattah Amin.

Tanpa pengumuman jelas, netizen terus berteka-teki — adakah Amira sekadar bergurau dengan peminat atau betul-betul bakal menamatkan zaman bujang?


Baca juga : Amira Othman kongsi video Fattah Amin buat trend TikTok di restorannya. Netizen tak sangka ‘Kak Long’ selamba up content ‘dugem’ macam tu!

Baca juga : Janna Nick Beri Penjelasan Isu Fazura, Tampil Mohon Maaf

Sesi Live TikTok Jadi Jawapan

Difahamkan, satu sesi siaran langsung di TikTok antara pihak HijabistaHub dan Amira akan diadakan pada 29 Ogos ini bagi menjawab segala persoalan. Peminat kini tidak sabar menunggu sama ada khabar angin itu benar atau hanya sekadar promosi.

Menariknya, gosip lain turut mendakwa majlis perkahwinan Amira mungkin berlangsung pada Oktober ini. Ada juga yang menebak tarikh 14 September — bersempena ulang tahun kelahiran Fattah Amin — akan dipilih sebagai hari istimewa mereka.

Hubungan Dengan Fattah Jadi Perhatian

Walaupun sebelum ini Amira dan Fattah hanya mengakui mereka sekadar teman sekerja, peminat tetap melihat hubungan kedua-duanya semakin rapat, termasuk dengan keluarga masing-masing.

Apa pun, sama ada betul-betul naik pelamin atau sekadar gimik manja, Amira Othman tetap berjaya mencuri perhatian ramai.

PERHATIAN: Pihak osedapdotcom tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang ditulis oleh para pembaca. Pastikan anda berfikir secara matang sebelum meninggalkan sebarang komen di sini. Pihak osedapdotcom juga tidak berupaya untuk memantau semua komen yang dipaparkan. Segala komen adalah tanggungjawab anda sendiri.


 Sumber :  Hibglam

Tarziman —25/08/2025,  02:54PM

TONTON VIDEO KAMI

5 Videos