· · ·

Fattah umum akan tamatkan zaman bujang bersama Amira Othman pada hari lahirnya yang ke-35

Fattah Amin Umum Bakal Nikah Dengan Amira Othman Ahad Ini

Akhirnya terjawab juga teka-teki hubungan Fattah Amin dan Amira Othman — mereka sah bakal bergelar suami isteri Ahad ini, bersamaan dengan hari ulang tahun kelahiran Fattah yang ke-35.

Pasangan selebriti ini mengesahkan berita gembira tersebut dalam satu sidang media khas yang diadakan sempena pelancaran lagu duet “Rasa & Takdir” nyanyian Amira bersama adiknya Irfan Haris.

Sidang media tersebut berlangsung di Hotel Imperial Lexis dan penuh dengan detik mengejutkan yang mencuri perhatian ramai tetamu.

Baca juga : Amira Othman Akui Fattah Amin Antara Kawan Lelaki Yang Rapat

Baca juga : Amira Othman kongsi video Fattah Amin buat trend TikTok di restorannya. Netizen tak sangka ‘Kak Long’ selamba up content ‘dugem’ macam tu!

Umum Nikah Sekali Dengan Sambut Hari Lahir

Dalam sidang media berkenaan, Fattah yang juga dikenali dengan nama penuhnya Abdul Fattah Mohd Amin, tampil membuat pengumuman mengejut mengenai status terkini hubungannya dengan Amira.

“Saya mengumumkan kami akan bertukar status daripada sekerja kepada rakan serumah,” katanya dengan nada berseloroh, disambut sorakan dan tepukan gemuruh dari tetamu yang hadir.

Tamatkan Spekulasi Cinta Diam-Diam

Untuk rekod, gosip mengenai hubungan mereka mula bertiup sejak beberapa bulan lalu, namun kedua-duanya mengambil pendekatan berdiam diri tanpa memberi pengesahan.

Pengumuman pernikahan ini sekaligus menamatkan segala spekulasi yang berlegar di media sosial tentang hubungan rapat mereka.

Nampaknya, Fattah dan Amira berjaya menyimpan rapi perjalanan cinta mereka sehingga ke saat akhir — sampai umum terus nak nikah!

Majlis Dijangka Diadakan Secara Tertutup

Setakat artikel ini ditulis, tiada maklumat lanjut dikongsikan mengenai lokasi majlis pernikahan atau jumlah tetamu.

Namun sumber terdekat memaklumkan bahawa majlis bakal diadakan secara sederhana dan tertutup hanya untuk keluarga terdekat dan rakan rapat.

Pasangan ini juga dijangka akan berkongsi lebih banyak foto dan detik istimewa selepas majlis berlangsung kelak.

PERHATIAN: Pihak osedapdotcom tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang ditulis oleh para pembaca. Pastikan anda berfikir secara matang sebelum meninggalkan sebarang komen di sini. Pihak osedapdotcom juga tidak berupaya untuk memantau semua komen yang dipaparkan. Segala komen adalah tanggungjawab anda sendiri.


 Sumber : Berita Harian

https://x.com/i/status/1964987401199083642

Tarziman —09/09/2025,  12:00PM

TONTON VIDEO KAMI

5 Videos