Lelaki Sweden jual ais batu campur di Stockholm bawak mesin dari Malaysia.
Mat Saleh Beli Mesin Dari Malaysia, Jual ABC Di Sweden
Kisah unik seorang lelaki warga Sweden yang jatuh cinta dengan pencuci mulut Malaysia, Ais Batu Campur (ABC), kini tular apabila dia menjalankan perniagaan menjual ABC di sebuah taman awam di Stockholm.
Perkara itu dikongsikan oleh pengguna TikTok @wawawandering__ yang merakam gelagat lelaki tersebut mengayuh basikal tiga roda yang lengkap dengan peralatan dan bahan-bahan untuk membuat ABC.
Jatuh Cinta Dengan Ais Kacang
Menurut pemilik video, lelaki tersebut benar-benar menggemari rasa ais kacang sehingga sanggup membeli mesin pencukur ais khas dari Malaysia demi memastikan hasil ABC-nya sama seperti di negara asal.
Lebih menarik, gerainya yang berbentuk basikal comel itu menjadi tarikan pengunjung tempatan yang tertarik dengan konsep unik dan rasa pencuci mulut tropika tersebut.
Baca juga : Amira Othman Akui Fattah Amin Antara Kawan Lelaki Yang Rapat
Baca juga : Amira Othman kongsi video Fattah Amin buat trend TikTok di restorannya. Netizen tak sangka ‘Kak Long’ selamba up content ‘dugem’ macam tu!
Rasa Kurang Manis, Tapi Masih Kena Dengan Selera
ABC yang dijual oleh lelaki Sweden itu mengandungi bahan-bahan biasa seperti kacang merah, jagung, jeli, sirap dan susu sejat atau santan — mirip dengan resepi ABC yang popular di Malaysia.
Namun menurut TikTok @wawawandering__, rasa ABC Sweden ini tidak semanis versi tempatan — mungkin disesuaikan dengan cita rasa masyarakat Eropah.
Harga Dan Kebolehan Bertutur Bahasa Malaysia
Satu mangkuk ABC dijual pada harga 60 Kronor Sweden, iaitu sekitar RM26. Walaupun kelihatan mahal berbanding di Malaysia, harga itu dianggap berpatutan bagi pasaran tempatan di Stockholm.
Lebih mengejutkan, lelaki itu turut fasih berbahasa Malaysia kerana pernah tinggal di Singapura suatu ketika dahulu, menjadikan interaksi bersama pengunjung dari Asia Tenggara lebih mesra dan menarik.
Inspirasi Untuk Bawa Malaysia Ke Dunia
Kisah ini bukan sahaja mencuit hati netizen, malah menjadi bukti bahawa makanan Malaysia mampu menembusi pasaran luar negara sekiranya kena dengan cara penyampaiannya.
Bagi mereka yang berkesempatan ke Sweden, bolehlah mencuba sendiri “ABC Sweden” ini yang bukan sahaja unik dari segi rasa, malah hadir dengan semangat cinta terhadap budaya Malaysia.
PERHATIAN: Pihak osedapdotcom tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang ditulis oleh para pembaca. Pastikan anda berfikir secara matang sebelum meninggalkan sebarang komen di sini. Pihak osedapdotcom juga tidak berupaya untuk memantau semua komen yang dipaparkan. Segala komen adalah tanggungjawab anda sendiri.
Sumber : Tiktok
@wawawandering__ A Swedish guy jatuh cinta dengan ais kacang 😍. Dia siap beli mesin dari Malaysia and now buka cute bike stall kat Stockholm! 🚲🍧 Musim panas kat Scandinavia dah tak complete tanpa shaved ice pelangi ni – dengan sirap manis, jagung, kacang merah & cendol. From KL streets to Swedish summer vibes – ais kacang is the new chill star! ❄️🇲🇾🇸🇪 #sweden #stockholm #malaysia #malaysiatiktok #fyp
♬ Hanya di kau - Tan Sri P. Ramlee



