Doorgift Anak Ayam Di Majlis Kahwin Undang Reaksi Netizen
Doorgift Luar Biasa, Tetamu Kenduri Kahwin Terima Anak Ayam
Selalunya kalau pergi kenduri kahwin, kita expect dapat doorgift macam mug, makanan ringan atau kek. Tapi satu video yang tular di TikTok baru-baru ini lain macam sikit – sebab tetamu yang hadir ke majlis kahwin tu siap dapat anak ayam sebagai doorgift!
Video yang dimuat naik oleh pengguna TikTok @ierahaizami menunjukkan suasana dalam sebuah dewan perkahwinan di mana di atas meja tetamu, tersedia bekas berisi anak ayam – termasuk yang diwarnakan dalam pelbagai warna.
Bukan Anak Ayam Je, Siap Ada Arnab, Itik & Ikan Keli
Menurut Iera, bukan anak ayam je yang jadi doorgift, tapi ada juga anak itik, anak arnab, dan ikan keli yang diberikan kepada para tetamu.
Ada bekas yang berisi seekor, ada dua ekor, dan ada yang sampai empat ekor sekaligus! Keadaan ini membuatkan ramai netizen rasa keliru dan pelik dengan konsep doorgift yang digunakan oleh tuan rumah.
Baca juga : Amira Othman Akui Fattah Amin Antara Kawan Lelaki Yang Rapat
Baca juga : Amira Othman kongsi video Fattah Amin buat trend TikTok di restorannya. Netizen tak sangka ‘Kak Long’ selamba up content ‘dugem’ macam tu!
Lembu & Kambing Untuk Cabutan Bertuah? Betul-Betul Luar Biasa
Lebih mengejutkan, majlis kahwin tu juga ada buat cabutan bertuah besar-besaran. Melalui poster yang dikongsikan, hadiah utama ialah 3 ekor lembu, diikuti 10 ekor kambing, dan beberapa hamper bernilai RM5,000!
Ramai netizen yang sempat bergurau, kata majlis tu macam peraduan di pasar raya, bukan majlis kahwin. Tapi di sebalik kelakar itu, ada juga yang mula persoalkan — adakah pemberian binatang sebagai hadiah ini sudah sampai ke tahap mengeksploitasi haiwan?
Ramai Kurang Senang, Risau Nasib Haiwan
Dekat ruangan komen, ramai pengguna meluahkan rasa kurang setuju dengan pemberian haiwan ternakan dan peliharaan sebagai doorgift. Ada yang risau, tetamu tak tahu cara nak jaga haiwan-haiwan tersebut.
“Aku tak rasa semua yang ambil tu betul-betul nak bela,” tulis seorang netizen.
“Kesian anak ayam tu. Tak semua orang pandai jaga. Fikir sikit nasib dia,” komen seorang lagi.
Ramai netizen melihat tindakan ini bukan saja kurang sesuai, tapi juga boleh dianggap sebagai satu bentuk eksploitasi binatang, terutama apabila haiwan seperti anak ayam dijadikan ‘hadiah kejutan’ untuk tetamu yang mungkin langsung tak bersedia nak memelihara haiwan.
Isu Anak Ayam Diwarnakan Turut Timbulkan Kemarahan
Lebih membuatkan netizen marah, ada anak ayam yang diwarnakan dalam pelbagai warna terang. Ramai menganggap tindakan mewarnakan anak ayam ini sebagai kejam dan menjadikan mereka hanya sekadar ‘mainan budak’, bukan makhluk hidup yang perlukan penjagaan.
“Anak ayam tu makhluk Allah juga. Tak sepatutnya diwarnakan dan dijadikan hadiah macam tu sebab ramai orang tak pandai jaga,” jelas seorang individu.
“Bila warna-warni macam ni budak suka la. Jadi mainan budak je. Kalau tak dijaga dengan betul tak sampai seminggu dah mati,” tambah seorang lagi netizen.
Ada Juga Yang Seronok Terima Haiwan Sebagai Hadiah
Namun begitu, tak semua netizen marah. Ada juga yang berpendapat tindakan tuan rumah beri haiwan sebagai doorgift bukanlah satu isu besar, malah ramai yang seronok dapat haiwan peliharaan baru.
“Yang pergi kenduri semua gembira je dapat anak ayam. Yang dekat sini je bergaduh,” tulis seorang wanita.
PERHATIAN: Pihak osedapdotcom tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang ditulis oleh para pembaca. Pastikan anda berfikir secara matang sebelum meninggalkan sebarang komen di sini. Pihak osedapdotcom juga tidak berupaya untuk memantau semua komen yang dipaparkan. Segala komen adalah tanggungjawab anda sendiri.
Sumber : Tiktok
@ierahaizami Nasi Kenduri Time
♬ QKThr - Aphex Twin



