· · ·

Pelancong AS Kecewa Bayar RM32 Untuk Sate Di Singapura, Banding Malaysia Lebih Berbaloi

Tular Di TikTok: Harga Sate Mencecah RM32 Untuk 10 Cucuk

Seorang pelancong dari Chicago, Amerika Syarikat, meluahkan rasa tidak puas hati terhadap harga makanan di Singapura selepas dikenakan bayaran $10 (kira-kira RM32) untuk hanya 10 cucuk sate. Video perkongsiannya yang dimuat naik ke TikTok telah menjadi tular, mengundang reaksi hangat daripada netizen.

Terry Pernell, nama pengguna TikTok tersebut, menyifatkan pengalaman makan di Newton Food Centre, Singapura, sebagai mengecewakan dari segi harga. Menurutnya, dia terpaksa membeli sekurang-kurangnya 10 cucuk sate untuk satu hidangan.

“Sate harga $10 dan saya perlu beli sekurang-kurangnya 10 cucuk. Dekat Singapura, makanan harga sampai $35, manakala di Malaysia, rasa dan suasana lebih kurang sama untuk separuh harga,” katanya.

Malaysia Tetap Dihati: Harga Lebih Murah, Rasa Setanding

Meskipun tidak menafikan bahawa rasa sate itu agak sedap, Terry tetap berpendapat harga yang dikenakan adalah terlalu mahal dan tidak berbaloi. Beliau secara terbuka mengakui bahawa jika diberi pilihan, beliau lebih memilih untuk makan di Malaysia berbanding Singapura.

Baca juga : Amira Othman Akui Fattah Amin Antara Kawan Lelaki Yang Rapat

Baca juga : Amira Othman kongsi video Fattah Amin buat trend TikTok di restorannya. Netizen tak sangka ‘Kak Long’ selamba up content ‘dugem’ macam tu!

“Saya suka makanan Malaysia. Lebih murah, lebih banyak pilihan, dan lebih mesra bajet.”

Video tersebut setakat ini telah mengumpulkan lebih 262,000 tontonan, 8,000 tanda suka dan 700 komen dari netizen.

Netizen: Itu Memang ‘Tourist Trap’

Ramai netizen dari Singapura dan Malaysia tampil memberikan pandangan masing-masing. Menurut beberapa pengguna tempatan, Newton Food Centre sememangnya dikenali sebagai kawasan “tourist trap” — lokasi yang dikenakan harga lebih mahal kepada pelancong asing.

“Itu memang tempat perangkap pelancong. Harga memang lain macam sikit,” kata seorang pengguna.

Eksploitasi Harga Atas Nama ‘Pengalaman Pelancongan’?

Isu ini turut mengundang perdebatan sama ada tempat-tempat popular pelancong seperti Newton wajar mengenakan harga melampau atas alasan ‘pengalaman pelancongan’. Sesetengah pihak melihat ini sebagai satu bentuk eksploitasi terhadap pelancong asing, terutamanya mereka yang tidak tahu harga pasaran sebenar makanan tempatan.

PERHATIAN: Pihak osedapdotcom tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang ditulis oleh para pembaca. Pastikan anda berfikir secara matang sebelum meninggalkan sebarang komen di sini. Pihak osedapdotcom juga tidak berupaya untuk memantau semua komen yang dipaparkan. Segala komen adalah tanggungjawab anda sendiri.


 Sumber : Tiktok

@terrypernell

Singapore got me paying $35 for food… meanwhile Malaysia got the same vibes for half the price 😅 Which one y’all picking? #travelwithterryp SSingaporeVsMalaysiaoutheastasiafoodie B#BudgetTravelAsia

♬ original sound - TravelWithTerryP🇺🇸➡️🇲🇾Asia

Tarziman —19/09/2025,  03:17PM

TONTON VIDEO KAMI

5 Videos