Syed Saddiq Cadang CCTV Di Setiap Sekolah Bagi Tangani Jenayah Pelajar
Nyawa Pelajar Lebih Penting Daripada Kos Peralatan
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mencadangkan agar kerajaan menyediakan peruntukan khas untuk memasang kamera litar tertutup (CCTV) di semua sekolah di Malaysia. Menurut beliau, langkah ini penting berikutan insiden buli, rogol dan pembunuhan yang semakin membimbangkan melibatkan pelajar.
Ketika berucap dalam sesi perbahasan Belanjawan 2026 di Dewan Rakyat, beliau menyatakan bahawa kos pemasangan kamera tersebut adalah sangat rendah dan berpatutan, sekitar RM50 hingga RM200 setiap unit.
“Saya pergi shopping sekejap je, DIY. CCTV boleh beli RM50 satu unit. Kalau nak canggih sedikit, gunakan tenaga solar, RM200. Kalau satu sekolah dapat pasang 20 CCTV, tak ke banyak?” katanya.
10,000 Sekolah Boleh Dipasang CCTV Dengan Kos Mampu Milik
Syed Saddiq turut menganggarkan bahawa jika setiap sekolah di Malaysia dipasang 20 unit CCTV, jumlah keseluruhan kos masih lagi dalam kawalan.
“Di Malaysia kita ada 10,000 sekolah, kosnya tidak begitu tinggi. Tetapi kalau tinggi pun, dapat memastikan satu nyawa diselamatkan, itu adalah kos yang patut kita tangani,” tegas beliau lagi.
Beliau melihat pelaburan ini sebagai langkah pencegahan yang bukan sahaja berbaloi dari sudut kewangan, tetapi juga sebagai satu usaha menyelamatkan nyawa.
Gesa Hapus Sistem Lindungi Pembuli & Tanggungjawab Kepimpinan Sekolah
Dalam ucapannya, beliau turut mengkritik sistem yang selama ini seolah-olah melindungi pembuli dan tidak mengambil tindakan tegas terhadap pelaku atau pihak bertanggungjawab seperti warden dan pengetua.
“Kita perlu siasat dan perlu berani miskinkan sistem sokongan pembuli. Saya tanya satu soalan sahaja. Tunjuk satu bukti mana penguatkuasa, mana warden, mana pengetua.. seorang yang diambil tindakan. Lazimnya tak ada,” katanya.
Menurut beliau, apabila berlaku insiden rogol, bunuh atau buli, isu sebenar bukanlah nama sekolah tetapi keselamatan pelajar yang perlu diutamakan.
Dasar Tegas ‘You Touch, You Go’ Perlu Dilaksanakan
Syed Saddiq juga menyeru agar kerajaan lebih tegas dengan memperkenalkan dasar ‘you touch, you go’, iaitu tindakan pantas terhadap mana-mana pelajar atau individu yang terlibat dalam salah laku berat.
Beliau menekankan pentingnya dasar ini sebagai amaran keras dan mekanisme perlindungan kepada pelajar lain agar tidak berlaku kes berulang.
Cadangan ini muncul selepas negara digemparkan dengan kes tragis yang melibatkan seorang pelajar perempuan Tingkatan Empat yang maut selepas dipercayai ditikam oleh pelajar lelaki berusia 14 tahun di sebuah sekolah menengah pada Rabu lalu.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat, mengesahkan mangsa mengalami kecederaan parah dengan beberapa tikaman dipercayai menggunakan dua jenis senjata tajam.
Baca juga : ‘Sebab You Pun Mat Salleh’ – Netizen ‘Sekolahkan’ Rhys William, Isu Warga Asing Di Malaysia Jadi Panas!”
Baca juga : “Bersyukur betul tinggal dekat Malaysia” – Netizen Puji LRT Selepas Melihat Stesen Metro Ini di Amerika Syarikat
Gesa Hapus Sistem Lindungi Pembuli & Tanggungjawab Kepimpinan Sekolah
Dalam ucapannya, beliau turut mengkritik sistem yang selama ini seolah-olah melindungi pembuli dan tidak mengambil tindakan tegas terhadap pelaku atau pihak bertanggungjawab seperti warden dan pengetua.
“Kita perlu siasat dan perlu berani miskinkan sistem sokongan pembuli. Saya tanya satu soalan sahaja. Tunjuk satu bukti mana penguatkuasa, mana warden, mana pengetua.. seorang yang diambil tindakan. Lazimnya tak ada,” katanya.
Menurut beliau, apabila berlaku insiden rogol, bunuh atau buli, isu sebenar bukanlah nama sekolah tetapi keselamatan pelajar yang perlu diutamakan.
Dasar Tegas ‘You Touch, You Go’ Perlu Dilaksanakan
Syed Saddiq juga menyeru agar kerajaan lebih tegas dengan memperkenalkan dasar ‘you touch, you go’, iaitu tindakan pantas terhadap mana-mana pelajar atau individu yang terlibat dalam salah laku berat.
Beliau menekankan pentingnya dasar ini sebagai amaran keras dan mekanisme perlindungan kepada pelajar lain agar tidak berlaku kes berulang.
Cadangan ini muncul selepas negara digemparkan dengan kes tragis yang melibatkan seorang pelajar perempuan Tingkatan Empat yang maut selepas dipercayai ditikam oleh pelajar lelaki berusia 14 tahun di sebuah sekolah menengah pada Rabu lalu.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat, mengesahkan mangsa mengalami kecederaan parah dengan beberapa tikaman dipercayai menggunakan dua jenis senjata tajam.
PERHATIAN: Pihak osedapdotcom tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang ditulis oleh para pembaca. Pastikan anda berfikir secara matang sebelum meninggalkan sebarang komen di sini. Pihak osedapdotcom juga tidak berupaya untuk memantau semua komen yang dipaparkan. Segala komen adalah tanggungjawab anda sendiri.
Sumber : Instagram
https://www.instagram.com/reel/DPyjkZCEpzZ/?utm_source=ig_embed&ig_rid=6288a575-642b-4ccc-ba9b-05c9f3898b4f



