Pemandu lori dituduh menyebabkan kematian 9 anggota FRU, ditahan semula 20 minit selepas jamin disyaki terlibat dalam kes curi lembu
Belum pun sampai sejam selepas diikat jamin, pemandu lori muatan batu yang berdepan dengan tuduhan memandu secara berbahaya hingga menyebabkan kematian sembilan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU), ditahan semula oleh pihak polis hari ini. Suspek, Rudi Zulkarnain Mat Radi, 45, ditahan kira-kira 20 minit selepas proses pembayaran jaminan selesai, ketika berada di kaunter pembayaran jamin…