Geosesarma Bunian: Penemuan Spesies Ketam Baharu Yang Sembunyi Lebih 1,000 Meter Tinggi Di Kedah
Gunung Jerai sekali lagi menjadi perhatian apabila para penyelidik mengesahkan penemuan spesies baharu ketam air tawar daripada genus Geosesarma, kini dikenali sebagai Geosesarma bunian. Penemuan menarik ini berasal dari kawasan utara Semenanjung Malaysia, dan menambah satu lagi nama ke dalam senarai biodiversiti negara, khususnya dalam ekosistem tanah tinggi yang selama ini kurang diterokai secara mendalam….